Friday, May 7, 2010

Yang Haram Tetap Haram

Kerajaan timbang izin pertaruhan Piala Dunia.

Cube tgk tajuk Berita kt atas tuh..
Adoiyai.. yg Haram tetap Haram la Malaysia Tanah air ku.
Sejak bile boleh main timbang2 mende haram lak nih..
Alasan x logik langsung mengelakkan perjudian haram..
Dah sah2 PerJUDIan tu haram.. sejak bile boleh jd halal?
Kalau keluar lesen Pejudian tu, jd halal la?
Sifir mane belajar ni.. Byk sgt belajar matematik ler nih..

Siap bleh jangka2 ratusan juta ringgit lg tuh..
Mesti Kerajaan da kire untung, pastu saje bg statement bodoh kt paper.
Sebab ape kerajaan nk bg lesen?
Nak kenakan cukai tinggi kan?
Dapat percent dr hasil judi kan?
Bg kroni2 sikitkan?
Hidup mewah d duniakan?
Tambah tabung negara kan?
ops.. sori, nak bawak masuk ASB ker?

Wah2 byk matlamat tu..
pastu agih gaji kt rakyat la kan?
pastu org g haji pon gune duet tu la kan?
pastu bukak lg casino terbesar ke?
lulus lesan arak lg byk ke?

Satu soalan, undang2 Islam mane pakai ni? kate Negara Islam la kan?
Matlamat x halal kan care wahai kerajaan ku.
Jgn campur urusan kerajaan?
Yer hamba x campur urusan kerajaan maafkan hamba
Hamba tumpang di bumi bertuah Malaysia nih..
Hamba rakyat ni takut..
Takut bala turun d Malaysia..
Seluruh Malaysia dpt bala..
x nk belajar dr tragedi tsunami yg paling dekat sejarahnye ngan Malaysia?
Allah masih sygkan bumi Malaysia ni
Tolonglah jgn mengundang bala Allah..

Belom campur kes gay, kes lesbian,kes pengkid, kes2.. ape kes la korg nih
sampai ade statement golongan2 diatas ni; "kami x kacau org.."
memang la kalau korg x kacau org sekali pon..
tapi Bala turun kat semua.. x paham lg?
nak suruh bg peringatan cam mane lg?
bukan ke tanda2 akhir zaman ni sekeliling kite..
Kite tambah lg la kan..
kes2 derhaka mane lg nak wat?
tambahkan bukti2 dunia nk kiamat?
dlm sejarah semua kaum gay lesbian terdahulu yg kena bala skang da wujud kt bumi Malaysia.. salah satu tanda kiamat
sampai x sedar makin barah kan?
kiamat makin hampir..
sbb semua maksiat seluruh zaman nabi2 terdahulu ade di zaman ni kan..
sedar? x sedar? x tau sejarah?
pergi ler belajar dr sejarah..
Tentera Kafir da diwujudkan utk lawan Islam..
x caye? g la cari kt internet tu..
da ready ker? nk tunggu tanda2 ape lg..
sampai haiwan tumbuh melata?
matahari terbit dr barat?

Korg tgk berite kt bawah nih 7 Mei 2010.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantimbangizinpertaruhanPialaDunia/Article
KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata keputusan mengenainya akan diumumkan sebelum kejohanan Piala Dunia bermula.
Sambil mengakui sudah ada pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan, beliau berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen, pertaruhan haram tetap dijalankan tanpa pemantauan pihak berkuasa.
“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

“Ada minat di kalangan Ahli Dewan Negara yang mahu kita meneliti perkara ini atau kita akan berdepan dengan masalah ramai menjadi bookie Piala Dunia.

“Ada beberapa perkara yang perlu dikaji, sama ada ia perkara yang baik untuk kerajaan atau kita perlu cuba mengawal kegiatan itu supaya kita tahu berapa banyak nilai pertaruhan yang dibuat," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Kali terakhir kerajaan mengeluarkan lesen kepada sebuah syarikat yang mengendalikan aktiviti pertaruhan sukan adalah pada tahun 1980-an tetapi syarikat itu memutuskan untuk menghentikannya kerana tidak memberi keuntungan.
Awang Adek bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen pertaruhan Piala Dunia itu.

Kerajaan menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali Piala Dunia mencecah ratusan juta ringgit.

Isu pertaruhan sukan dibangkitkan oleh Senator Ng Fook Heng di Dewan Negara yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan akan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

No comments:

Post a Comment