Monday, April 19, 2010

TAKDIR DAN KUDRAT ALLAH SWT

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzd) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". (Al-Hadid:22) Apa pun yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh manusia telah jelas hasilnya bagi Allah. Jadi apa ertinya usaha kita sebagai manusia? Apakah kita sebagai umat yang terkena bencana itu dapat menghindar ketentuan atau takdir Allah? Dalam kesempatan kali ini saya akan mencuba untuk menjelaskan masalah ini.

Takdir dan Qadar Bagi Manusia

Menurut penjelasan Ibnu Faris, seorang pakar bahasa Al-Quran, kata qadar dan Alqadir berasal dari kata yang terdiri dari huruf qaaf, daal dan raa'. Kata-kata yang terbentuk dari huruf-huruf tersebut mengandungi erti akhir dari sesuatu dan substansnya. Dalam bukunya Mu'jam Magaavis Allughah, Ibnu Faris menyatakan, "Jika anda berkata qadr (takdir), maka maknanya adalah ketetapan Allah atas segala sesuatu sesuai dengan batas akhir yang dikehendakiNya."Ada qadr (kudrat) bagi sesuatu yang dianugerahkan Allah sesuai dengan firmanNya: "Dan memberinya rezeki dan arah yang tiada disangka-sangka “.

Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Ath-Thalaaq:3)

Segala sesuatu kecil atau besar telah ditetapkan takdirnya oleh Allah SWT. Semua peristiwa yang terjadi di alam ini, dari sisi kejadiannya dalam kadar atau ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang namanya takdir. Tidak ada suatu kejadian pun di luar takdir Allah. Semua kejadian berada di bawah pengetahuan dan ketentuan Allah. Oleh itu, kepada semua pejuang-pejuang keadilan khususnya ahli keluarga beliau teruskan bersabar dan banyak memohon pertolongan dariNya.

Manusia hanya memiliki kemampuan yang terbatas menurut ketentuan yang telah ditetapkan Allah kepadanya.Manusia telah ditetapkan dan ditakdirkan untuk hidup di darat dan tidak dapat hidup di alam lain. Ini suatu ketetapan dari Allah kepada umat manusia. Ketetapan ini tidak mungkin dilampaui kecuali manusia mahu menggunakan akal fikirannya untuk menciptakan alat bantu (misalnya alat bantu pernafasan untuk dapat hidup di bulan atau di laut). Namun kemampuan akal manusia juga sangat terbatas.

Hak Untuk Memilih Takdir

Kehidupan manusia berada di bawah hukum-hukum Allah. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak terlepas dari hukum-hukum yang telah tertentu kadar dan ukurannya. Ini disebabkan hukum Allah itu sangat banyak, manusia diberi kesempatan untuk memilih di antara takdir-takdir yang telah ditetapkan Allah. Hak ini hanya dimiliki manusia. Ciptaan Allah lainnya seperti matahari, bulan, Malaikat, tumbuh-tumbuhan tidak diberikan kesempatan ini. Pilihan itu merupakan hak kita. Kemampuan akal kita digunakan untuk memilih jalan hidup yang kita kehendaki.

Kewajipan Untuk Berusaha

Khalifah Umar Ibnu Khattab pernah menjelaskan bahawa kebebasan memilih takdir ketika ia berkuasa. Ketika Negeri Syam (Palestin, Syiria, dan sekitarnya) terkena wabah penyakit, Umar RA membatalkan rancangannya mengunjungi daerah itu. Kemudian ia ditanya seorang sahabat,"Apakah anda lari (menghindar) dari takdir yang telah ditetapkan Allah kepada Anda?" Umar RA menjawab,"Saya lari (menghindar) dari takdir Allah ke takdirNya yang lain." Adanya wabak penyakit yang menimpa Negeri Syam merupakan takdir yang ditetapkan berdasarkan hukum-hukum Allah. Jika Umar RA memutuskan untuk pergi ke Syam, maka kemungkinan ia akan terjangkit wabak penyakit tersebut. Untuk itu ia berusaha untuk menghindar dari takdir terkena penyakit ke takdir Allah yang lain.

Dari contoh di atas terlihat jelas bahawa manusia itu benar-benar memiliki kebebasan untuk menentukan nasibnya sendiri dan apa yang dikatakan Allah, "Aku tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali mereka berusaha untuk mengubahnya sendiri." (QS 13:11) sejajar dengan ayat yang terdapat pada awal artikel ini

Ini bertentangan pula dengan pemahaman sebahagian orang yang mengatakan kalau orang sudah pasrah kepada kehendak Allah lantas membiarkan nasibnya ditentukan Allah tanpa adanya usaha untuk mengatasinya. Kewajipan manusia adalah untuk berusaha sekuat tenaga untuk mencapai apa yang ia inginkan dengan menggunakan akal fikirannya. Kemampuan ini diberikan kepada seluruh umat manusia. Yang membezakan usaha umat Islam dengan umat lainnya adalah usaha kaum mukmin selalu diiringi dengan Iman kepada Allah sehingga apa yang ia kerjakan itu berada di jalan
yang benar sesuai dengan kehendak Allah. Jika usaha itu disertai dengan niat Lillahi Ta'ala, maka usaha tersebut akan dihitung sebagai ibadah kepada Allah dan akan mendapat kan ganjaran yang nilainya jauh lebih besar daripada imbuhan yang di dapat di dunia ini. Ini yang membuat usaha yang dilakukan umat Islam lebih istimewa dibandingkan dengan kaum lainnya.

P/S:Dengan keistimewaan ini seharusnya umat Islam mempunyai etika kerja yang lebih baik dari kaum lainnya kerana selalu menyedari bahawa apa pun yang kita lakukan akan selalu mendapat pembalasan selama kita niatkan usaha itu sebagai ibadah kepada Allah SWT. Kita juga tidak akan berkecil hati seandainya usaha-usaha tersebut terlihat kurang berhasil dari "pandangan umum manusia" kerana kita tahu bahawa Allah selalu mengetahui apa yang kita lakukan dan mengetahui niat di belakang yang kita kerjakan itu.

Friday, April 2, 2010

Dajjal

Sape Dajjal tu?

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim", bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-Jassasah". Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi menjawab:"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

P/S: Cukup2 lah dajjal kan org. Jgn jd perangai cam dajjal.