Tuesday, March 30, 2010

Di Bawah Satu Cahaya

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

Jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Saturday, March 27, 2010

Musuh besar manusia, syaitan!

Sadarkah kita, bahwa setiap diri kita memiliki musuh besar?
Musuh yang sangat berkeinginan untuk menyesatkan dan mencelakakan kita.
Musuh yang memiliki berbagai tipu-daya dan cara untuk mencapai tujuannya.
Musuh yang kita tidak dapat melihatnya, sedangkan dia melihat kita.
Musuh besar itu adalah setan!!
Allah telah memperingatkan manusia agar tidak tergoda oleh setan,
sebagaimana dia telah berhasil memperdayakan kedua orang tua manusia yang pertama, Adam dan Hawa 'alaihiwas salam.
Allah ber-firman yang ertinya,
Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapakmu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tak beriman. (QS.Al-A'raf: 27)

Oleh karena itulah dengan rahmat-Nya, Allah memerintahkan manusia untuk menjadikan setan sebagai musuhnya, karena memang hakikatnya setan adalah musuh nyata manusia. Dia ber firman, yang ertinya,
Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu, maka jadikanlah ia musuh(mu),
karena sesungguhnya setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi
penghuni neraka yang menyala-nyala. (QS. Fathir: 6).

Sedangkan tindakan seseorang terhadap musuhnya telah jelas, yaitu berusaha dengan segenap kemampuan agar segala keburukan menimpa musuhnya dan segala kebaikan terlepas darinya.

Imam Ibnul Qayim rahimahullah mengomentari ayat di atas dengan perkataan,
Perintah Allah untuk menjadikan setan sebagai musuh ini sebagai peringatan, agar (manusia) mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi dan melawan setan. Sehingga setan itu seolah-olah musuh yang tidak pernah berhenti dan tidak pernah lalai.
Memang setan merupakan musuh yang tidak pernah berhenti dan tidak pernah lalai. Bahkan selalu menyertai dan menghadang manusia di atas setiap jalan kebaikan. Karena memang pada setiap diri manusia itu ada setan dari kalangan jin yang berusaha menyesatkannya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
Tidaklah seorangpun di antara kamu kecuali disertakan padanya jin yang selalu menyertainya.
Para sahabat bertanya, "Kepada Anda juga wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab, "Juga kepadaku, tetapi Allah membantuku melawannya, sehingga dia masuk Islam. Maka dia tidak memerintahkanku kecuali dengan kebaikan.

Setan musuh besar manusia ini, selain tidak dapat dilihat, juga diberi berbagai kemampuan oleh Allah yang di gunakan sebagai sarana untuk menyesatkan manusia. Itu semua merupakan ujian dan cobaan bagi manusia.
Maka hamba yang ingin selamat, ia perlu mengetahui berbagai rintangan setan, sehingga selamatdari jerat dan perangkapnya.

P/S: Nanti ku sambung tahap rintangan setan.

Sekilas peringatan utk diri ku dan sahabat2 sekalian.

Sabda Rasulullah S.A.W

"Iman seorg hamba tidak akan lurus sebelom hatinya lurus,
Hatinya tidak akan lurus sebelom lidahnya lurus"

H.R.AHMAD.

Friday, March 26, 2010

Seribu Erti



Seribu erti
kata Alaf baru bermula
Penyambong seri warna bangsa

Teguh berdiri kita
Berpanjikan susila
Membentok diri berbudaya

Sekian lama kita terkunci dalam gelita
Hidup tidak menjunjung apa
Dibawah panas khatulistiwa
Ohh..Hingga tumbuh melata akar budaya

Seribu tahun hasrat berlalu kita serupa
Kesopanan terpelihara kelembutan berbudi bahasa
Oh..Peribadi bangsaku meniti masa

P/S: Budaya mane kite ikut?
Ape yg kite junjung sanjung?
Tak kan Melayu (Peribadi bangsa) hilang d dunia?

Thursday, March 25, 2010

Brunei lebih takut laknat Allah

Brunei lebih takut laknat Allah.
Aku terbace surat khabar harian metro seperti tajuk diatas..
25 March 2010 Khamis.

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.
Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BruneilebihtakutlaknatAllah/Article/index_html.

Persoalan Diriku:
Malaysia tanah airku x terase takut laknat Allah? Brunei je kena takut?

Antare pertanyean di Brunei:
Soalan: Berapa banyak premis di Brunei yang mempunyai permit atau lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Tiada (jika berpandukan kenyataan di atas)

Soalan: Jika di Brunei tidak dibenarkan menjual arak dan yang sama waktu dengannya, adakah Brunei mempunyai kelab malam?

Jawapan: Tiada sejak 1990an lagi. Sila rujuk Wikipedia.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh. Bukan Islam hanya dibenarkan membawa masuk 12 tin bir dan 2 botol berkandungan spirit setiap kali masuk ke negara Brunei.

Kalau soalan yg same ditanye kt Malaysia:
Soalan: Berapa banyak premis di Malaysia mempunyai lesen menjual minuman keras?

Jawapan: Merata tempat. Seven E ade, Kedai runcit pun ada jual. Budak-budak kampung pun ada selamba beli takde hal punnn..

Soalan: Adakah Malaysia mempunyai kelab-kelab malam?

Jawapan: Makin bertambah je.. tak cukup bilangn ngan jari tgn jari kaki. Yang terkenal pun banyak, yang hidup segan mati tak mahu pun bukak jugak.

Soalan: Pelancong bukan beragama Islam dibenarkan meminum arak?

Jawapan: Boleh sangat tanpa had. minum sampai terbakar jantung pon boley xdehal. Setakat Nak mandi arak anytime.. Jangan kata pelancong, orang tempatan mengaku beragama Islam sendiri pun ramai yang togok tu, bukan Kartika Sari Dewi seorang je… Nak bukti? tgk la facebook "member2" korg sendiri.

Sebab dah tau byk keburukan la Menteri Brunei tolak usul tu.

Alasan Malaysia? tarik pelancongan? Takut Pelancong g Thailand ngan Singapore?
Tak takut kena bala plak? contoh terdekat Tsunami Acheh tu.

Kat Kuala Lumpur, kalau g kat lorong-lorong belakang bangunan, kawasan Chow Kit ke kawasan Brickfields ke, ramai pelacur? pondan? dan segala2nya.

Oh Malaysia tanah air ku.. masih cari jalan penyelesaian yg ade di depan mata?
pura2 tak nampak? pura2 rabun? Pejam terus?

Selangor da bg kuase utk Tok Imam tangkap jenayah Islam minum arak, pon ade gak org atasan campur tgn? kenape marah? takut menteri2 x leh togok gak ke?

Ade pulak cadangan bengong nk wujud tempat buang anak. Yang x wujud pon bertambah2 org zina, kalau wujud? ..... lu pikir lah sendiri.

P/S: Kamu berpolitik utk ape? care mane? utk siape?

Wednesday, March 24, 2010

Manusia BerHarga

Assalamualaikum..

Manusia itu dikatakan seorg manusia dgn mempunyai 4 ciri:
1.Jasad
2.Roh
3.Akal
4.Nafsu


Empat perkara yang berharga dalam diri manusia, dan hilang dengan empat sebab?

Yang berharga itu:
1.Akal
2.Agama
3.Malu
4.Amal soleh.

Maka akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak dan
Amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Wallahualam.

Saturday, March 20, 2010

Benarkah Iman bererti Percaya?

Agak2nye kalau di tanye ape erti Iman ape jawapannye?
Iman = Percaye?
Satu pertanyean besar timbul benarkah iman itu percaye?

Awal2 Sem 3 2009/2010 dlu member aku Fuad Norddin ajak g UKM, time ni die lom kawen lg :p
Kiteorg g UKM utk dengar debat antara agama (Islam,Hindu,Buddha)

Islam diwakili oleh brother Shah Kirit.

IMAN Bererti Percaye,

ISLAM bererti menyerah diri atau pon tunduk dan patuh dengan segala senang hati dan rela, timbulnya ialah setelah akal itu sendiri sampai pada ujung perjalanan yang masih dapat dijalaninya.
bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat Iman dan Islam seseorang.

IMAN dan ISLAM, Percaya dan Menyerah , adalah dua kalimat yang tidak bercerai selama-lamanya.

Menyerah,tunduk patuh yg bagaimane?
ramai yg part time menyerah je, part time tunduk(solat/sujud)..
Sebab? ramai ikut care diri sendiri <-- silap faham, rase nk buat, baru buat. Yang benar --> Hendaklah ikut perintah & cara yg Allah SWT tetapkan dan terangkan.

Ape matlamat kite hidup di dunia ni?
Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepadaKU.

-Solat/Sembahyang/Ibadat adalah pembinaan Iman-

berbalik topic kat atas td:
Iman dan Islam,
Kepercayaan dan Penyerahan,
Aqidah dan Ibadah,
pengakuan hati dan perbuatan,
itulah yang dinamai Agama Islam

Dengan kate laen:
Engkau ber – iman (membenarkan dengan lidah dan hati) akan Allah, akan Malaikat, akan berjumpa dengan Allah, akan Rasul2 - NYA dan Akan Bangkit.

“ Iman itu mempercayai “(Mengetahui ) akan ke – Tuhanan-NYA Allah dan tempatnya (Iman ) didalam dada, Yakni hati itu.

Ma’rifat itu , mengetahui Allah akan segala sifat-sifatnya. Tempatnya (Ma’rifat) didalam lubuk hati , yakni didalam Fuad. Tauhid itu , mengetahui Allah (menyakini Allah) dengan ke- Esaan-NYA .
Tempatnya , didalam lubuk Fuad ; dan itulah yang dinamai ‘SIRR” (rahsia).

Ringkasnye Tauhid terbahagi kpd:
1. Tauhidudz - Dzat (Meng-Esakan Dzat Tuhan).

2. Tauhidul – Shifat (Meng-Esakan Sifat-2 Tuhan).

3. Tauhidul – Wujud (Meng-Esakan Wujud Tuhan).

4. Tauhidul - Af ’aal (Meng-Esakan perbuatan Tuhan).

5. Tauhidul - Ibadat (Meng-Esakan yang di sembah dan meng-Esakan tempat bermohon)

6. Tauhidul – Qishdi wal Iradah (Meng-Esakan yang dituju).

7. Tauhidul – Tasyrie’ (Meng-Esakan yang berhak menetapkan pokok-2 undang 2)

Satu lg terlupa plak..
Maksud Islam dari sudut laen, keselamatan, keamanan, & kesejahteraan.
Dalam erti kate laen, kamu tunduk dan patuh.
Ketundukan & kepatuhan kamu menghasilkan keaman & kesejahteraan.